Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian pelaksanaan pentaksiran kompetensi persijilan modular (PKPM)

Ibrahim Mukhtar, Marina and Ahmad, Jamil (2013) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian pelaksanaan pentaksiran kompetensi persijilan modular (PKPM). In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
428Kb

Abstract

Instrumen penilaian pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi Persijilan Modular (PKPM) telah dibina berdasarkan kajian ke atas teori-teori penilaian program dan berdasarkan kajian-kajian terdahulu di dalam dan luar negara. Kajian ini berdasarkan teori penilaian yang mengemukakan empat komponen utama penilaian yang melibatkan penilaian konteks PKPM, penilaian input PKPM, penilaian proses PKPM dan penilaian produk PKPM. Kajian rintis ini melibatkan lima buah sekolah vokasional yang melibatkan 156 orang responden guru. Kesahan instrumen ditentukan dengan kesahan muka, kesahan kandungan dan, kesahan konstruk (analisis faktor penerokaan). Instrumen diberikan kepada 7 orang guru vokasional yang berpengalaman dan 5 orang pakar untuk memberi komen dari aspek penggunaan perkataan, ayat dan bahasa. Selain itu mereka juga mengesahkan kandungan setiap domain dalam instrumen. Kesahan konstruk pula ditentukan menggunakan kaedah analisis faktor. Kebolehpercayaan instrumen ditentukan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Alpha Cronbach berada antara 0.81 dan 0.96. Instrumen yang dibina didapati memenuhi ciri-ciri psikometrik sebuah instrumen yang sesuai digunakan sebagai instrumen penilaian pelaksanaan PKPM.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kesahan dan kebolehpercayaan; pentaksiran kompetensi; analisis faktor penerokaan; pentaksiran kompetensi
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3982
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:24 Jul 2013 09:09
Last Modified:21 Jan 2015 15:50

Repository Staff Only: item control page