Pembangunan kemahiran generik pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum : satu kajian kes

Esa, Ahmad and Mohd Yunos , Jailani and Kaprawi, Noraini (2006) Pembangunan kemahiran generik pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum : satu kajian kes. In: Annual Conference on Teacher Education, 06 September 2006, LeMaridan, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
PDF
69Kb

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum. Selain daripada itu, penyelidikan juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pembangunan kemahiran generik di antara pelajar normal dan pelajar istimewa menerusi kegiatan kokurikulum. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel yang melibatkan pelajar di sebuah politeknik di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan data dianalisis menggunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan menerusi kegiatan kokurikulum bukan sahaja mendapat faedah daripada segi kecergasan fizikal tetapi dapat membangunkan kemahiran generik kepada pelajar seperti kemahiran membuat keputusan, kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kemahiran yang menunjukkan mereka kurang memberi persetujuan, dapat dibangunkan menerusi kokurikulum seperti kemahiran komunikasi, interpersonal, penyelesaian masalah dan pengurusan. Ujian t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan pembangunan kemahiran generik di antara pelajar normal dan pelajar istimewa menerusi kegiatan kokurikulum. Secara keseluruhannya, hasil kajian telah membuktikan bahawa kegiatan kokurikulum di kalangan pelajar istimewa adalah penting kerana dapat menyumbang kepada pembangunan kemahiran generik yang boleh mereka aplikasikan apabila menceburi alam pekerjaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:4000
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:05 Jul 2013 15:31
Last Modified:05 Jul 2013 15:31

Repository Staff Only: item control page