Keperluan latihan kemahiran oleh industri di institusi pendidikan teknikal : satu kajian kes di zon perindustrian Batu Pahat, Johor

Esa, Ahmad and Suhaimy, Khairul Azman (2001) Keperluan latihan kemahiran oleh industri di institusi pendidikan teknikal : satu kajian kes di zon perindustrian Batu Pahat, Johor. In: Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi dan IT , 02 hingga 04 November 2001, Holiday Villa, Alor Setar, Kedah.

[img]
Preview
PDF
17Kb

Abstract

Dalam kajian ini, institusi pendidikan teknikal yang terlibat ialah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn KUiTTHO (dahulunya Institut Teknologi Tun Hussein Onn ITTHO) dalam melihat keperluan latihan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di kilang masing-masing. Industri tidak mampu untuk menyediakan keperluan latihan kemahiran sepenuhnya di kilang mereka. Oleh itu kerjasama dengan institusi pendidikan sewajarnya menjadi salah satu saluran untuk mendapatkan kemahiran dalam pekerjaan. Keadaan ini sudah lama wujud di negara-negara maju tentang jalinan kerjasama di antara institusi pendidikan khususnya teknikal dengan industri. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak saling memerlukan dan saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain dapat mencapai matlamat organisasi yang disasarkan. Dalam konteks Malaysia yang akan menuju ke arah sebuah negara maju maka hubungan ini sewajarnya dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:4007
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:24 Jul 2013 08:58
Last Modified:24 Jul 2013 08:58

Repository Staff Only: item control page