Pembangunan modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi Kursus Teknologi Elektrik 1

Tee, Tze Kiong and Roslen, Khaireen Edlin and Nur Rahma Putra2, Andika Bagus and Risfendra, Risfendra and Yee, Mei Heong and Mohamad, Mimi Mohaffyza and Azid, Nurulwahida (2021) Pembangunan modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi Kursus Teknologi Elektrik 1. Sains Insani, 6 (1). pp. 139-143.

[img] Text
J12790_d4fff59170170994c3778ca22a01f272.pdf
Restricted to Registered users only

Download (638kB) | Request a copy

Abstract

Pada abad ke-21 ini, pengajaran secara tradisional kurang mampu menarik perhatian pelajar dalam mempelajari sesuatu ilmu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah melancarkan program Sekolah Bestari seawal tahun 1999 yang bertujuan untuk melakukan anjakan paradigma yang sistematik terhadap budaya sekolah dengan melaksanakan teknologi sebagai mekanisme pembelajaran dan pemudah caraan (PdPc). Sejajar dengan hasrat kerajaan ini, idea di sebalik pembelajaran berasaskan permainan digital di dalam bilik darjah mampu dijadikan sebagai PdPc agar pelajar dapat lebih banyak visual dan interaktif sekaligus dapat memberi tumpuan kepada penyelesaian sesuatu masalah tanpa tekanan melampau. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi kursus Teknologi Elektrik 1 yang mendasari Model Meyer (1988). Justeru, dua set borang penilaian disediakan untuk pakar yang mengandungi 29 item dan pengguna sebanyak 20 item telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas dalam kesesuaian format, kandungan dan kebolehgunaan modul yang dibangunkan. Analisis ke atas 5 orang responden pakar menunjukkan maklum balas yang positif dan mereka juga bersetuju dengan aspek format, kandungan dan kebolehgunaan keseluruhan modul yang dibangunkan. Analisis ke atas 10 orang responden pengguna pula menunjukkan bahawa majoriti memberikan maklum balas positif ke atas aspek format dan kandungan modul. Kesimpulannya, format, kandungan dan kebolehgunaan modul yang dibangunkan adalah bersesuaian. Cadangan kajian lanjutan adalah untuk menguji keberkesanan modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi kursus Teknologi Elektrik 1 terhadap beberapa aspek seperti sikap, minat dan pencapaian pelajar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Modul pengajaran; pembelajaran berasaskan permainan; teknologi Elektrik
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 23 Nov 2021 09:12
Last Modified: 23 Nov 2021 09:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4028

Actions (login required)

View Item View Item