Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap peperiksaan merujuk buku

Esa, Ahmad and Suhaimy, Khairul Azman (2002) Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap peperiksaan merujuk buku. In: Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah 2002 , 2002, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
986Kb

Abstract

Penghasilan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan peperiksaan merujuk buku daripada persepsi pelajat institusi pengajian tinggi. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti masalah-masalah yang pelajar hadapi dalam memduduki peperiksaan tersebut dan menentukan bentuk-bentuk peperiksaan lain, khususnya berkaitan dengan perkembangan teknologi komputer dan internet yang sesuai digunakan dalam mengukur pretasi pelajar. Menerusi kaedah penstrataan sampel, penyelidik telah melibatkan sejumlah 995 orang respondan yang merupakan pelajar-pelajar yang telah mempunyai pengalaman menduduki peperiksaan merujuk buku di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Instrumen yang digunakan ialah soal selidik bagi mengenal pasti persepsi penerimaan pelajar terhadap keberkesanan peperiksaan merujuk buku. Instrumen yang terdiri daripada soalan-soalan peperiksaan biasa dan merujuk buku dan taburan markah kedua-dua peperiksaan tersebut pula digunakan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Data-data yang diperolehi direkodkan menggunakan program SPSS versi 10 dan seterusnya dan beberapa analisis telah dijalankan menggunakan kaedah statistik diskriptif dan interval seperti min, sisihan piawai, frekuensi. Ujian T, Anova Sehala dan LSD mengikut objektif dan hipotesis yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan maklum balas positif terhadap penerimaan peperiksaan merujuk buku. Walaupun terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan pelajar berlainan tahap pengajian, program dan kursus terhadap domain-domain tertentu dalam penerimaan peperiksaan merujuk buku, hasil analisis statistik yang dilakukan perbezaan tersebut menjurus kepada perbezaan ketinggian aras persetujuan. Beberapa masalah dalam peperiksaan merujuk buku seperti masalah tempat peperiksaan yang tidak selesa dan kos peperiksaan yang tinggi telah dikenal pasti dalam kajian ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:4078
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:18 Jul 2013 15:52
Last Modified:18 Jul 2013 15:52

Repository Staff Only: item control page