Kesediaan menceburi kerjaya perguruan: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar IPT aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional

Ab Hadi, Mohd Yusop (2002) Kesediaan menceburi kerjaya perguruan: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar IPT aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru 2002, 19-20 Mei 2002, Alor Setar, Kedah.

[img]
Preview
PDF
208Kb

Abstract

Merancang perkembangan kerjaya amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Perancangan kerjaya yang rapi dan tepat dapat menyumbang kepada melahirkan individu pekerja yang memberi faedah maksima kepada organisasi pekerjaan. Mengikut James C. Hansen, Robert H. Rossberg dan Stanley H. Cramer (1994) perkembangan kerjaya yang lengkap akan melalui empat peringkat perkembangan iaitu peringkat: pertumbuhan (growth), penerokaan (exploration), pembentukan (establishment), penyelenggaraan (maintenance), dan penurunan (decline). Peringkat pertumbuhan, penerokaan, dan pembentukan seharusnya dikuasai dengan baik oleh individu pekerja sebelum mereka diterima bekerja. Ianya merupakan sebahagian besar daripada kriteria kesediaan individu menceburi kerjaya. Kesediaan yang sempurna akan memudahkan berlakunya proses penyelenggaraan dan proses penurunan yang tidak merugikan organisasi pekerjaan. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di sebuah institusi pendidikan tinggi awam. untuk melihat kesediaan mereka untuk menceburi bidang perguruan. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan menceburi bidang kerjaya ini masih berada di tahap sederhana tetapi mempunyai potensi untuk dipertingkatkan lagi. Berdasarkan dapatan kajian beberapa cadangan dibuat untuk mempertingkatkan kesediaan mereka menceburi kerjaya perguruan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:4112
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Aug 2013 16:01
Last Modified:21 Jan 2015 16:09

Repository Staff Only: item control page