Buku Teks: Asas Kelestarian Tingkatan 5

Nazarudin, Ainamardia and Abbas @ Ahmad, Lutfiah Natrah (2017) Buku Teks: Asas Kelestarian Tingkatan 5. [Teaching Resource]

[img]
Preview
Text
2017_Asas Kelestarian_Tingkatan_5.pdf

Download (46MB) | Preview

Abstract

Buku Teks Asas Kelestarian Tingkatan 5 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas Kelestarian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan pembelajaran subjek ini di sekolah. Buku ini merangkumi tiga bab utama yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Buku ini juga membantu dalam membentuk minda murid membudayakan amalan teknologi hijau dalam bidang teknologi dan kehidupan harian. Bab pertama buku ini mendedahkan murid kepada pembinaan lestari yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan hijau. Bab kedua pula murid diberi pendedahan kepada sistem rawatan air dan rawatan air sisa kumbahan. Manakala bab ketiga pula, tumpuan murid diarahkan kepada rawatan sisa pepejal termasuk pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Persembahan buku ini disertakan dengan penerangan yang jelas dan dengan penyendal yang pelbagai dapat menarik minat dan tumpuan murid serta memantapkan lagi pemahaman mereka. Setiap akhir bab juga disusuli dengan peta rumusan dan latihan sebagai pengukuhan minda mengenai bab yang dipelajari. Semoga buku ini dapat dijadikan rujukan terbaik dan penuh manfaat untuk meningkatkan pengetahuan, nilai murni serta melahirkan modal insan yang mampu membudayakan amalan lestari dalam kehidupan.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: Green technology -- Problems, exercises, etc.; Technology -- Problems, exercises, etc.
Subjects: L Education > LT Textbooks
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 08 Feb 2022 06:50
Last Modified: 08 Feb 2022 06:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4143

Actions (login required)

View Item View Item