Buku Teks: Reka Cipta Tingkatan 5

Abd. Baser, Jamil and Othman, Azra (2017) Buku Teks: Reka Cipta Tingkatan 5. [Teaching Resource]

[img]
Preview
Text
2017_Reka Cipta Tingkatan_5.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Buku teks Reka Cipta Tingkatan 5 ini merupakan buku teks yang dihasilkan berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Cipta Tingkatan 5 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi lapan bab yang ditulis berdasarkan dua kluster. Bab satu hingga empat ditulis berdasarkan Teknologi Pembuatan. Dalam kluster ini, murid akan diberi pendedahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi bidang teknologi di samping dilatih dalam pengujian dan pengukuran kefungsian produk yang dihasilkan. Bab lima hingga lapan pula ditulis berdasarkan Strategi Pemasaran. Dalam strategi pemasaran, murid didedahkan mengenai produk, harga, promosi, tempat dan harta intelek kepada produk, strategi pemasaran serta proses komunikasi dan dokumentasi yang berkesan. Buku ini turut menerapkan pelbagai pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan semasa seperti Pembelajaran Kendiri, Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran Berasaskan Projek, Inkuiri, Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Masteri, Konstruktivisme, Pembelajaran Penerokaan dan Pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Sehubungan dengan itu, buku ini diharap dapat mewujudkan suatu dimensi pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta yang lebih berkesan. Bagi tujuan menarik minat serta mengukuhkan kefahaman murid pula, buku ini telah ditulis dengan mempelbagaikan kaedah serta corak persembahan grafik seperti penggunaan gambar foto, gambar rajah, peta i-Think, carta, graf dan ilustrasi. Akhir kata, buku teks Reka Cipta Tingkatan 5 ini diharap dapat membentuk daya imaginatif, kreatif, inovatif, inventif serta mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan negara. Selain itu, buku ini juga diharap mampu melahirkan generasi saintifik, progresif, berdaya fikir tinggi, berpandangan jauh, menyumbang kepada pembangunan teknologi, peka terhadap alam sekitar, mengamalkan literasi kewangan dan keusahawanan, berdaya saing serta mengagumi ciptaan Tuhan.

Item Type: Teaching Resource
Uncontrolled Keywords: rekacipta; rekacipta tingkatan 5; rc ting 5
Subjects: L Education > LT Textbooks
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 08 Feb 2022 06:50
Last Modified: 08 Feb 2022 06:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4144

Actions (login required)

View Item View Item