Teknologi emisi rendah: aplikasi aliran berpusar

Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul and Mohd Jaafar, Mohammad Nazri (2016) Teknologi emisi rendah: aplikasi aliran berpusar. Penerbit UTM Press, Johor Bahru, Johor. ISBN 9789835213915

[img] Text
2017_Teknologi Emisi Rendah Aplikasi Aliran Berpusar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (334kB) | Request a copy

Abstract

Buku ini secara amnya menerangkan mengenai penggunaan teknologi pusaran udara untuk mengurangkan pembentukan emisi dari proses pembakaran seperti oksida nitrogen (NOx), karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon tak terbakar (HC). Perbincangan dalam buku ini memfokuskan kemampuan pemusar udara aliran jejarian dengan pemboleh ubah kekuatan pusaran yang berupaya menambahbaik percampuran bahan api cecair dan udara serta mengawal pembentukan bahan cemar ketika dioperasikan pada tekanan ambien. Buku ini dipersembahkan dalam cara yang dirasakan dapat membantu pembaca untuk memahami masalah yang ditimbulkan dan bagaimana penggunaan teknologi pusaran dapat menyelesaikan masalah tersebut. Perlaksanaan penyelesaian yang dibincangkan merupakan gabungan daripada permodelan berkomputer serta ujikaji yang telah dijalankan di makmal. Permodelan berkomputer melibatkan analisis isoterma dan permodelan tindak balas (pembakaran) sementara keputusan ujikaji memberi lebih tumpuan kepada analisis emisi pembakaran. Walaupun tidak dinafikan terdapat pelbagai lagi kaedah yang dapat mengurangkan emisi, penulis merasakan teknologi pusaran yang dibentangkan dalam buku ini merupakan antara kaedah yang paling cekap dan mudah untuk dipraktikan dalam menghasilkan sebuah pembakar yang lebih mesra alam sekitar.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Combustion engineering; Heat engineering
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ266-267.5 Turbines. Turbomachines (General)
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 23 Jan 2022 05:09
Last Modified: 23 Jan 2022 05:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4146

Actions (login required)

View Item View Item