Penyingkiran warna dan COD menggunakan polialuminum klorida (PAC) dalam olahan larut lesapan semi-aerobik : kajian kes di tapak pelupusan pulau burung

Daud, Zawawi and Ismail, Hamidi and Adlan, Mohd Nordin (2007) Penyingkiran warna dan COD menggunakan polialuminum klorida (PAC) dalam olahan larut lesapan semi-aerobik : kajian kes di tapak pelupusan pulau burung. In: National Seminar on Civil Engineering Research (SEPKA 2007), 11-12 December 2007, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

[img]PDF
42Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menyiasat keberkesanan olahan larut lesapan semi-aerobik selepas proses pra-penapisan menggunakan kaedah penggumpalan dan pengelompokan. Sampel larut lesapan yang digunakan di dalam kajian ini diambil dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Pulau Pinang, Malaysia. Keberkesanan pelbagai dos polialuminum klorida (PAC) dan aluminum sulfat (alum) sebagai bahan penggumpal akan dibandingkan menggunakan ujian jar. Sebelum rawatan penggumpalan dan pengelompokan, larut lesapan semi-aerobik ditapis menggunakan beberapa jenis media penapisan iaitu campuran batu kapur-zeolit (15 : 25 nisbah berasaskan isipadu) dan zeolit-butiran karbon teraktif (20 : 20 nisbah berasaskan isipadu) pada kadar penapisan 0.068 m3/m2.hr. Hasil kajian menunjukkan gabungan prapenapisan menggunakan campuran batu kapur-zeolit (15 : 25 nisbah berasaskan isipadu) diikuti proses penggumpalan dan pengelompokan berupaya menyingkirkan warna dan COD masing-masing sebanyak 98% dan 70% pada dos optimum 800 mg/L PAC berbanding hanya masing-masing 96% dan 67% penyingkiran pada dos optimum 3000 mg/L alum. Manakala gabungan pra-penapisan menggunakan campuran zeolit-butiran karbon teraktif (20 : 20 nisbah berasaskan isipadu) diikuti proses penggumpalan dan pengelompokan berupaya menyingkirkan warna dan COD masing-masing sebanyak 99% dan 92% pada dos optimum 800 mg/L PAC berbanding hanya 98% dan 88% penyingkiran pada dos optimum 3000 mg/L alum. Hasil kajian menunjukkan potensi besar di masa hadapan aplikasi tapisan diikuti penggumpalan dan pengelompokan dalam mengolah larut lesapan di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:larut lesapan; batu kapur; zeolit; butiran karbon teraktif; penggumpalan-pengelompokan; polialuminum klorida
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Water and Environmental Engineering
ID Code:4147
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Sep 2013 11:12
Last Modified:21 Jan 2015 15:50

Repository Staff Only: item control page