Pembangunan produk dan reka bentuk : siri 1

Rahim, Mohd Bekri and Yunus, Faizal Amin Nur and Abd Baser, Jamil, eds. (2017) Pembangunan produk dan reka bentuk : siri 1. Penerbit UTHM, Batu Pahat, Johor. ISBN 9789672110477

[img] Text
Pembangunan Produk dan Rekabentuk Siri 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Buku siri pertama yang diusahakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, mengumpulkan lapan artikel yang ditulis secara berasingan. Artikel–artikel yang disumbangkan meliputi tajuk-tajuk terkini dalam pembangunan produk dan reka bentuk dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya. Buku ini memaparkan lapan artikel kajian dalam pembangunan produk bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Pelbagai alat bantu pengajaran, seiring dengan peredaran masa telah dipaparkan yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Kesemua penulis yang menyumbang artikel dalam buku ini adalah individu yang telah lama berkecimpungan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang memberi sumbangan dalam menghasilkan buku ini. Terutamanya, ucapan terima kasih kepada Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Prof. Dr. Ahmad Bin Esa dan Prof. Dr. Maizam Binti Alias yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam memastikan projek ini mencapai matlamatnya. Penghargaan dan terima kasih juga kepada panel penilai kerana memperuntukkan masa dalam membaca dan membetulkan artikel.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Education, Higher-- Research; Product design; government
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 31 Jan 2022 01:33
Last Modified: 31 Jan 2022 01:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4157

Actions (login required)

View Item View Item