Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di Sekolah Menengah Vokasional

Kamro, Maisarah (2012) Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di Sekolah Menengah Vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
729Kb

Abstract

Kesediaan diri dalam menceburkan diri dalam bidang kerjaya merupakan salah satu masalah yang selalu dialami oleh pelajar di negara kita. Masalah ini boleh menyebabkan pelajar akan mengalami kekeliruan dalam pemilihan kerjaya serta tidak dapat memberikan komitmen yang baik dalam pekerjaan mereka serta boleh memberi kesan terhadap prestasi sesebuah organisasi berkenaan. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar jurusan pelajar jurusan binaan bangunan dalam menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan binaan. Kajian ini dilakukan ke atas 66 orang pelajar jurusan binaan bangunan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ialah 0.872. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences Version 16 (SPSS 16)”. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam kerjaya kejuruteraan binaan adalah faktor minat iaitu skor min sebanyak 4.12. Seterusnya, faktor pengetahuan iaitu skor min sebanyak 3.98. Diikuti faktor media iaitu skor min sebanyak 3.90, faktor situasi pekerjaan dan faktor guru iaitu 3.80, ibubapa 3.64 dan rakan iaitu 2.79. Oleh itu jelas membuktikan bahawa faktor minat telah memberi pengaruh kuat berbanding dengan pengaruh faktor-faktor lain. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan statistik signifikan terhadap faktor minat dan faktor ibubapa dalam mempengaruhi kesediaan pelajar dalam menceburi kerjaya kejuruteraan binaan. Manakala tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap pelajar lelaki dan perempuan dari segi minat dalam menceburi kerjaya kejuruteraan binaan. Di samping itu, kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya selain memastikan pelajar ini dapat memenuhi matlamat kerjaya mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
ID Code:4163
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Sep 2013 11:06
Last Modified:06 Sep 2013 11:06

Repository Staff Only: item control page