Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di sekolah menengah vokasional

Mohamed, Nor Hasliza (2012) Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di sekolah menengah vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
216Kb

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat bagi menyempurnakan sesuatu projek. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di Sekolah Menengah Vokasional. Pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar jurusan Elektrik Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan dan Penyejukan Dan Penyamanan Udara. Penyelidik telah melibatkan sejumlah 198 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat SMV Batu Pahat dan SMV Kluang. Kajian ini berbentuk tinjauan dan instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data- data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai skor min, sisihan piawai dan perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif berdasarkan jantina dan jurusan melalui Ujian t dan Ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif berdasarkan jantina. Analisis Ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif berdasarkan jurusan. Beberapa cadangan turut disarankan kepada pihak sekolah dan guru serta semua yang terlibat bagi meningkatkan lagi tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di Sekolah Menengah Vokasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4164
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Sep 2013 11:04
Last Modified:06 Sep 2013 11:04

Repository Staff Only: item control page