Keberkesanan perkhidmatan Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya dalam membantu kerjaya pelajar Politeknik

Mansor, Nurinahafiza (2012) Keberkesanan perkhidmatan Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya dalam membantu kerjaya pelajar Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
773Kb

Abstract

Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) berperanan untuk membimbing seseorang individu dalam meneroka pilihan kerjaya dan membuat perancangan kerjaya. Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan perkhidmatan Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya dalam membantu kerjaya pelajar kejuruteraan di Politeknik. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti terdapat perbezaan yang wujud di antara tahap keberkesanan perkhidmatan UPKK terhadap jabatan kejuruteraan. Kajian ini menfokuskan kepada pelajar kejuruteraan semester enam di dua buah politeknik di utara Semenanjung Malaysia. Sampel yang dipilih berdasarkan kepada persampelan kelompok dan persampelan rawak mudah terdiri daripada 234 orang pelajar mewakili tiga jabatan kejuruteraan. Kajian dilakukan secara kaedah tinjauan melalui pengedaran soal selidik sebagai alat instrumen. Dapatan data analisis adalah menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif ialah min, sisihan piawai, kekerapan, dan peratusan dengan menggunakan perisisan SPSS (Statistical Package for Social Science) Versi 16.0. Statistik inferensi yang digunakan pula ialah ANOVA Satu Hala. Hasil kajian mendapati tahap keberkesanan perkhidmatan UPKK adalah tinggi. Analisis perbezaan tahap keberkesanan perkhidmatan antara jabatan kejuruteraan pula memperlihatkan tahap keberkesanan yang sama walaupun berbeza jabatan. Berdasarkan dapatan kajian ini, diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan UPKK ini dan kadar kebolehkerjaan pelajar lebih tinggi dengan adanya perancangan kerjaya pada peringkat awal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:4166
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Sep 2013 11:01
Last Modified:06 Sep 2013 11:01

Repository Staff Only: item control page