Aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran di Politeknik

Hamid, Nurin Hariza (2012) Aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran di Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
620Kb

Abstract

Pengenalan kepada beberapa kursus untuk pelajar pendidikan khas di politeknik memberi ruang kepada pelajar bermasalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran di politeknik berdasarkan tiga elemen penting dalam teori sosial kognitif kerjaya serta untuk melihat faktor dominan yang mendokong ke arah tercapainya matlamat tersebut. Responden kajian adalah kalangan 102 pelajar khas bermasalah pendengaran dari semester 1,2 dan 4 di 3 buah politeknik yang menawarkan Program Pendidikan Khas iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data dari responden. Data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Social Science 16.0 for Windows. Analisis yang dijalankan adalah berbentuk diskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah pendengaran ini mempunyai harapan yang tinggi ke arah kecenderungan untuk mencapai aspirasi kerjaya. Justeru itu, pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam melahirkan sumber manusia yang berkompetensi dalam pelajaran dan bercita-cita tinggi untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:4167
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Sep 2013 10:58
Last Modified:06 Sep 2013 10:58

Repository Staff Only: item control page