Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel

Che Juhan Negara, Roslena (2012) Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
618Kb

Abstract

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
ID Code:4168
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Sep 2013 12:37
Last Modified:03 Sep 2013 12:37

Repository Staff Only: item control page