Pelaksanaan pengajaran pensyarah tiada kelayakan Ikhtisas Pendidikan

Che Ilias , Izyan Mumtaz (2013) Pelaksanaan pengajaran pensyarah tiada kelayakan Ikhtisas Pendidikan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
858Kb

Abstract

Kajian deskriptif kuantitatif berbentuk kajian kes institusi ini meninjau pelaksanaan pengajaran dalam kalangan pensyarah tiada kelayakan ikhtisas pendidikan mengikut pendapat pelajar Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tahap pengajaran pensyarah tersebut dilihat dari dua pemboleh ubah iaitu penggunaan prinsip-prinsip pedagogi dan penggunaan domain kognitif, afektif dan psikomotor Taksonomi Bloom dalam objektif pengajaran. Maklumat latar belakang pendidikan pensyarah diperolehi daripada laman web rasmi UTHM. Selain itu, penyelidikan ini tertumpu pada beberapa aspek lain iaitu gaya mengajar, persediaan mengajar, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 175 orang pelajar (56 %) tahun akhir sesi 2012/2013 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTHM. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) ver 16.0 untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengajaran pensyarah kejuruteraan mekanikal yang tiada ikhtisas pendidikan berada pada tahap sederhana (min = 2.98). Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa pensyarah kejuruteraan mekanikal yang tiada ikhtisas pendidikan di UTHM kurang kemahiran dalam prinsip-prinsip pedagogi dan kurang memberi penekanan terhadap objektif pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:4174
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Sep 2013 12:01
Last Modified:03 Sep 2013 12:01

Repository Staff Only: item control page