Penggunaan model servqual bagi mengukur perkhidmatan pendidikan tinggi di UTHM

Amir Razlan Shapawi, Mohd Ezhar (2013) Penggunaan model servqual bagi mengukur perkhidmatan pendidikan tinggi di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
3168Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertajuk "Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Bagi mengubah dan meningkatkan pandangan masyarakat terhadap pendidikan teknik dan Vokasional".. Didalam kajian ini terdapat lima bahagian utama iaitu pengenalan kajian, kajian literator, metodologi kajian, analisis data kajian dan juga cadangan kajian. Kajian ini dimulakan dengan pendahuluan kajian yang akan dibuat dengan mengenalpasti semua aspek-aspek utaman kajian seperti latar belakang masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan juga kerangka kajian. Pada bahagian kedua kajian ini pula ia lebih kepda kajian literatur keatas kajian yang akan dijalankan pada awal kajian literatur, pada bahagian ini juga terdapat maklumat mengenai kawasan kajian yang akan dijalan iaitu difakulti pendidikan teknik dan vokasional UTHM sebagai kawasan kajian. Selain itu, bahagian kajian literatur ini juga dinyatakan kepentingan mengenai kualiti pendidikan dan model-model kajian yang akan digunakan dalam kajian ini seperti model SERVQUAL. Pada bahagian ketiga iaitu metodologi kajian, dibahagian ini dinyatakan bagaimana kajian ini akan dilakukan seperti pemilihan sampel kajian, cara pengumpulan data dan juga kaedah analisis yang akan dijalankan. Bahagian keempat kajian ialah bahagian analisis data, lima aspek utma SERVQUAL dianalisis pada perkhidmatan di FPTV UTHM. Dibahagian terakhir kajian bab lima iaitu penambahbaikan keatas kualiti perkhidmatan di FPTV UTHM dinyatakan dan juga cadangan yang boleh dilakukan oleh pengkaji lain dalam kajian yang akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:4177
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Sep 2013 20:27
Last Modified:05 Sep 2013 20:27

Repository Staff Only: item control page