Kerangka rekabentuk carta selak rangkaian berintegrasi Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran

Buyung, Mohd Reduan (2013) Kerangka rekabentuk carta selak rangkaian berintegrasi Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1301Kb

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian terhadap Kerangka Rekabentuk Carta Selak Rangkaian Berintegrasi Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi mencadangkan sebuah Kerangka Rekabentuk Carta Selak Rangkaian Berintegrasi Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh bakal guru dan juga guru bagi sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan Model ADDIE iaitu peringkat analisis, peringkat rekabentuk, peringkat pembangunan, peringkat implimentasi dan peringkat penilaian. Hasil daripada dapatan kajian yang menggunakan model TAM melihat persepsi dari kebergunaan (tahap tinggi dan min 3.02), kesenangan mengguna (tahap tinggi dan min 3.03) dan sikap penggunaan ( diterima dan min 2.65) terhadap Kerangka Rekabentuk Carta Selak Rangkaian Berintegrasi Teori Gagne Sembilan Peristiwa Pembelajaran. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa ia digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh responden pada masa hadapan. Cadangan kajian pada masa hadapan adalah berkaitan spesifikasi dan teknikal kerangka rekabentuk supaya dapat memudahkan pembinaan kerangka, menjimatkan kos dan masa.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:4180
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Sep 2013 17:39
Last Modified:05 Sep 2013 17:39

Repository Staff Only: item control page