Pelaksanaan Outcomes Based Education (OBE) dalam kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Arifin, Nor Amanina Izyan (2013) Pelaksanaan Outcomes Based Education (OBE) dalam kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2851Kb

Abstract

Outcomes Based Education (OBE) merupakan satu pendekatan yang terbaik untuk melihat pencapaian pelajar di dalam mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran dan turut memudahkan pengajaran pensyarah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan tahap pemahaman pensyarah dalam pelaksanaan OBE. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan OBE. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 38 orang pensyarah yang terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan manakala instrumen yang digunakan pula adalah borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Nilai alpha cronbach yang diperolehi dalam kajian rintis ini adalah 0.801. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kesedaran pensyarah terhadap pelaksanaan OBE adalah tinggi begitu juga dengan tahap pemahaman pensyarah yang berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari aspek halangan pula mendapati bahawa halangan yang dihadapi oleh pensyarah berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu, halangan sokongan dari pihak fakulti menunjukkan halangan yang tinggi yang dihadapi oleh para pensyarah di situ. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesedaran pensyarah terhadap pelaksanaan OBE dengan umur pensyarah. Begitu juga dengan pengalaman mengajar pensyarah yang menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dengan tahap kesedaran pensyarah terhadap pelaksanaan OBE.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
ID Code:4184
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Jun 2016 10:18
Last Modified:20 Jun 2016 10:18

Repository Staff Only: item control page