Beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor

Zakariah, Siti Hajar (2013) Beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
322Kb

Abstract

Kajian ini mengkaji beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah sekolah menengah teknik dan vokasional di Johor. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru disamping tahap penggunaan guru kepada sumber teknologi pendidikan dalam pengajaran serta hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif yang melibatkan 165 orang guru dari empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik (Perdagangan) Johor Bahru, Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penyelidik menjangkakan bahawa terdapat hubungan antara beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Penyelidik menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk mengukur beban tugas guru, halangan penggunaan sumber teknologi pendidikan dan hubungan beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Johor kepada 30 orang guru dengan nilai kebolehpercayaan soal selidik iaitu A 0.876. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mendapatkan data yang menyeluruh mencadangkan agar pihak berwajib boleh mengambil tindakan

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:beban tugas akademik; beban tugas bukan akademik; penggunaan sumber teknologi pendidikan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:4205
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:16 Jun 2016 12:43
Last Modified:16 Jun 2016 12:43

Repository Staff Only: item control page