Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran

Aziz, Siti Mardziah (2013) Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
372Kb

Abstract

Perkembangan ICT yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan sektor pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan teknologi di semua peringkat pengajiaan. Pada hari ini ICT sudah di terapkan ke dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Namun begitu di dapati penggunaan ICT belum lagi diimplementasikan secara menyeluruh dalam proses P&P. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan tahap kesediaan para guru di Sekolah Agama dan tahap penggunaan ICT dalam P&P. Tahap kesediaan guru agama diukur dari empat aspek iaitu dari segi pengetahuan, sikap, kemahiran dan keyakinan para guru agama. Kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan yang signifikan di antara penggunaan ICT dengan faktor pengalaman mengajar dan kelulusan akademik para guru Sekolah Agama. Seramai 113 responden terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS)version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Bagi menguji hipotesisi null, analisis ujian Anova digunakan manakala dalam kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti adakah wujudnya hubungan di antara kesediaan guru dengan tahap penggunaan. Hasil menunjukan bahawa kesediaan guru adalah tinggi terhadap penggunaan ICT (skor min 3.69) sedangkan tahap penggunaan ICT adalah pada tahap sederhana (skor min 3.22).Ini di sebabkan para guru agama mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi iaitu (skor min=4.17, 3.75 dan 3.64) tetapi keyakinan yang kurang dan sederhana mempunyai min skor 3.23 terhadap penggunaan ICT. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penggunaan ICT dengan pengalaman berkerja dan kelulusan akademik malah hubungan yang sederhana wujud di antara kesediaan guru Sekolah Agama dengan penggunaan ICT.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:4209
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Sep 2013 10:23
Last Modified:27 Sep 2013 10:23

Repository Staff Only: item control page