Penggunaan sistem e-pembelajaran author dalam pengajaran dan pembelajaran di UTHM

Abd.Ghani, Aisha (2012) Penggunaan sistem e-pembelajaran author dalam pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
159Kb

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan universiti. Pembelajaran elektronik (elearning) merupakan suatu pendekatan pengajaran daripada gabungan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi yang telah melaksanakan kaedah e-pembelajaran dalam proses pembelajaran sejak tahun 2000. UTHM baru melaksanakan Sistem E-pembelajaran Author pada awal 2011 yang sebelumnya UTHM menggunakan Sistem Blackboard 8. UTHM melihat penggunaan Sistem E-pembelajaran Author sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar di UTHM sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan menggunakan kaedah temubual sebagai sumber utama pengumpulan data. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat isu utama yang timbul iaitu kurangnya penggunaan Sistem Epembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Terdapat pelbagai alatan dalam Sistem E-pembelajaran author yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar dimana sistem ini dapat membantu pensyarah dalam penyampai bahan pengajaran. UTHM mempunyai organisasinya sendiri dalam mentadbir Sistem Epembelajaran Author. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah dan pelajar tidak/ kurang menggunakan sistem E-pembelajaran Author disebabkan dua halangan iaitu halangan situasi dan halangan teknologikal, selain daripada itu, isu ini timbul disebab dua item penyebaran yang tidak berfungsi dengan baik iaitu proses pengadopsian dan peranan agen-agen perubahan. Hasil pemahaman keatas keseluruhan dapatan kajian, membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual penggunaan Epembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4214
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:16 Jun 2016 12:35
Last Modified:16 Jun 2016 12:35

Repository Staff Only: item control page