Stres dalam kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: satu kajian kes

Mohd, Fadilah (2012) Stres dalam kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
274Kb

Abstract

Stres merupakan perkara lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan mengenai stres dalam kalangan guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut, (STBJ) Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif dan data diorganisasi menggunakan perisian NVivo 8. Seramai empat orang peserta kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan. Instrumen utama kaedah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ialah penyelidik itu sendiri. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa beban tugas, salah laku pelatih juvana, perhubungan interpersonal, kekangan masa dan sumber dan persekitaran tempat kerja merupakan faktor stres dalam kalangan guru STBJ Pahang. Stres yang dialami oleh guru STBJ berada pada tahap yang tidak membimbangkan. Mereka masih lagi boleh mengawal emosi semasa berada dalam keadaan stres. Kesan yang positif dan negatif terhasil daripada stres yang berlaku dan mereka juga berjaya mencari jalan penyelesaian untuk menangani stres yang dialami iaitu secara berkongsi dengan rakan sekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Oleh itu, hasil dapatan kajian menyarankan semua pihak yang terlibat perlu mengetahui tentang pengurusan stres dengan lebih serius bagi memastikan stres guru berada pada tahap optimum dan dapat berkhidmat dengan cemerlang selaras dengan hasrat negara.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
ID Code:4216
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:16 Jun 2016 12:34
Last Modified:16 Jun 2016 12:34

Repository Staff Only: item control page