Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran seni visual

Basiron, Ismail (2012) Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran seni visual. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
891Kb

Abstract

Alat Bantu Mengajar (ABM) penting bagi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sejajar dengan perkembangan bidang teknologi kini, ABM berbantukan komputer semakin banyak dihasilkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah pengajaran Multimedia Interaktif bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ia meliputi teori Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn (SMKDO), Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen. Seramai 60 orang pelajar yang dipilih daripada dua buah kelas tingkatan 4 dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan ujian objektif pencapaian Pendidikan Seni Visual bagi teori seni visual yang terdiri daripada 40 soalan aneka pilihan. Kajian mencari kesan kaedah pengajaran multimedia terhadap dua kumpulan pelajar yang akan menjalani pra-ujian dan pasca-ujian. Kumpulan terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi mencari kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif sama ada memberi kesan langsung ke atas pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya. Kajian mendapati kaedah pengajaran multimedia interaktif memberikan kesan positif terhadap pencapaian pelajar. Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuasi eksperimen dan menggunakan set soalan kefahaman. Perisian program Winsteps versi 3.69.1.11 digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran multimedia interaktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah konvensional. Penggunaan CD multimedia interaktif dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam teori topik Seni Tembikar dan Seni Batik Pendidikan Seni Visual.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:4226
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Jun 2016 17:09
Last Modified:13 Jun 2016 17:09

Repository Staff Only: item control page