Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

Mohamad, Mohamad Zaki (2012) Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
558Kb

Abstract

Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan bagi memastikan objektif dan matlamat P&P tercapai dengan jayanya. Di IKM Johor Bahru ini, proses P&P adalah lebih tertumpu kepada bidang kemahiran praktikal hands-on di samping bidang-bidang teoritikal yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar semester akhir peringkat sijil di IKM Johor Bahru. Selain untuk mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina dan program, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengetahui hubungan di antara gaya-gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini melibatkan 163 orang responden yang berada di semester akhir program sijil. Sebanyak 10 program yang terlibat di dalam kajian ini. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik berskala Likert lima mata sebagai instrumen kajian. Instrumen ini mengandungi 5 soalan berkaitan demografi responden dan 40 soalan berdasarkan Teori Pembelajaran Honey and Mumford (1986). Kajian rintis yang melibatkan 10 orang pelajar telah dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.922 dengan menggunakan perisian SPSS Versi 16.0. Hasil dapatan kajian melalui Ujian Skor Min menunjukkan bahawa domain pragmatis (min 4.07) merupakan gaya pembelajaran yang dominan. Melalui Ujian-t Tak Bersandar pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pembelajaran berdasarkan jantina. Dalam pada itu, Ujian ANOVA Sehala pula mendapati bahawa hanya domain reflektif (0.034 < 0.05) sahaja yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek gaya pembelajaran berdasarkan program. Manakala, ketiga-tiga domain yang lain adalah sebaliknya. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya-gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Akhir sekali perbincangan dan kesimpulan juga turut dibincangkan serta cadangan supaya kajian seperti ini juga dilaksanakan pula di mana-mana KKTM yang lain supaya dapatannya boleh dibuat perbandingan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4228
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Jun 2016 17:08
Last Modified:13 Jun 2016 17:08

Repository Staff Only: item control page