Tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tahun akhir di Kolej Antarabangsa IKIP

Ibrahim, Mohd Zamri (2012) Tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tahun akhir di Kolej Antarabangsa IKIP. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
214Kb

Abstract

Terdapat tujuh kemahiran insaniah (KI) yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang perlu dikuasai oleh bakal graduan sebelum menempuh alam pekerjaan. Penguasaan kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik yang cemerlang akan dapat mencerahkan lagi harapan pelajar untuk menonjolkan diri mereka sebagai calon modal insan yang berkaliber dan fleksibel. Ia juga merupakan salah satu nilai tambah yang diperhatikan oleh bakal majikan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bagi tiga kemahiran insaniah sahaja iaitu kemahiran berkomunikasi; kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah; dan kemahiran kerja berpasukan serta mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan berupaya untuk menerapkan kemahiran insaniah tersebut berdasarkan pandangan responden. Perbezaan tahap penguasaan kemahiran insaniah tersebut merentasi bidang pengajian dan jantina juga dikaji. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajiannya. Sampel dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang berada ditahun akhir pengajian mereka di Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP), Kuantan, Pahang. Seramai 127 orang sampel daripada 191 orang jumlah populasi telah dipilih. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian SPSS bagi mendapatkan analisis deskriptif skor min serta analisis statistik inferensi Ujian-t dan Ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan ketiga-tiga kemahiran insaniah tersebut bagi pelajar di IKIP adalah berada ditahap yang tinggi manakala kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk menerapkan ketiga-tiga kemahiran insaniah tersebut adalah sesi perbincangan secara bersemuka dengan pensyarah, sesi sumbangsaran (brainstorming) dan sesi membuat kajian kes. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran insaniah tersebut merentasi bidang pengajian dan jantina. Implikasi kajian ini akan dapat memberikan gambaran tentang kepentingan untuk menguasai kemahiran insaniah ini bagi pelajar, pusat pengajian dan para pensyarah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:4230
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Jun 2016 17:06
Last Modified:13 Jun 2016 17:06

Repository Staff Only: item control page