Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM

A. Jalil, Noor Azyani (2012) Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1008Kb

Abstract

Perkembangan dunia masa kini dan era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan pencapaian akademik, kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah atau soft skills. Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila terdapat rungutan-rungutan dari pihak majikan iaitu graduan yang dihasilkan oleh pihak IPT di Malaysia ini lemah dari kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah atau tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan tidak mempunyai daya kepimpinan dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini berbentuk kajian kes dan sampel bagi kajian ini adalah seramai 30 pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum berkredit khidmat masyarakat di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data bagi analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dianalisis oleh pengkaji yang merupakan instrumen utama di dalam kajian ini manakala soal selidik yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For the Social Science (SPSS) for Windows, Version 20.0. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan bagi elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat di UTHM. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat oleh pengkaji di antaranya ialah pihak pentadbiran meletakkan syarat kepada pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat pada semester satu diteruskan hingga semester dua selain itu juga pensyarah menilai ketujuh-tujuh kemahiran insaniah yang digariskan oleh pihak KPT. Cadangan yang diusulkan oleh pengkaji diharapkan dapat memantapkan dan melahirkan graduan yang berketrampilan bukan sahaja cemerlang dari segi kemhiran teknikal malah cemerlang dari segi kemahiran insaniah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:4234
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:12 Jun 2016 12:52
Last Modified:12 Jun 2016 12:52

Repository Staff Only: item control page