Pembinaan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA

Abdul Majid, Nurin (2012) Pembinaan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
548Kb

Abstract

Pendekatan secara Islam melalui PAFA diharapkan dapat meningkatkan kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesedaran disiplin pelajar selepas pembelajaran PAFA serta melihat sama ada terdapat perbezaan kesedaran disiplin berdasarkan jantina, aliran dan gred kelas pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Subjek kajian terdiri daripada 36 orang pelajar SMK Dato’ Onn yang dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini. Satu kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Data yang dikumpulkan daripada borang Soal Selidik dianalisis menggunakan analisis Model Rasch dengan perisian Winstep versi 3.69.1.11. Data dianalisis berdasarkan Differential Group Functioning (DGF) bagi melihat perbezaan kesedaran disiplin pelajar selepas pembelajaran PAFA berdasarkan jantina, aliran dan gred kelas. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesedaran disiplin yang signifikan antara pelajar lelaki dengan perempuan setelah pembelajaran PAFA. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesedaran disiplin yang signifikan antara aliran sains dengan aliran lain. Hasil kajian hanya menunjukkan pelajar aliran teknik dan vokasional mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berbanding aliran sains dan sastera. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesedaran disiplin pelajar berdasarkan kelas. Ini menunjukkan gred kelas bukanlah faktor yang menentukan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:4242
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:12 Jun 2016 12:17
Last Modified:12 Jun 2016 12:17

Repository Staff Only: item control page