Kecenderungan gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn dan Model Honey dan Mumford di kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda FPTP di UTHM

Jamian, Nurul Farhana Mazian (2012) Kecenderungan gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn dan Model Honey dan Mumford di kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda FPTP di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
508Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang manakah paling dominan di kalangan pelajar, mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan serta di antara pelajar lepasan diploma, pelajar lepasan matrikulasi dan pelajar lepasan STPM.. Seramai 295 orang responden yang terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan menggunakan persampelan rawak berlapis (kuota). Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata gaya pembelajaran model Dunn dan dunn, dan model Honey dan Mumford. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan Model Rasch dengan perisian Winstep 3.64.2. Data dianalisis menggunakan min, min logit dan ujian Differiantial Item Functioning (DIF) Measure. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.78. Dapatan kajian mendapati kategori Persekitaran adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden diikuti Kategori Teoris, Aktivis, Reflektif , Pragmatis, Psikologikal, Fizikal,Sosiologikal dan Emosional. Tahap kecenderungan pelajar lebih tinggi bagi Model Honey dan Mumford (Min=3.95) berbanding Model Dunn dan Dunn (Min=3.71). Persekitaran, Sosiologikal, Psikologikal, Fizikal, Aktivis, dan Reflektif menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina pelajar dan indikator gaya pembelajaran Emosional, Psikologikal, Aktivis, Reflektif, Teoris dan Pragmatis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kelayakan kemasukan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4244
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 16:19
Last Modified:05 Jan 2016 16:19

Repository Staff Only: item control page