Tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kassim, Nurul'ain (2012) Tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1110Kb

Abstract

Kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti dalam sesebuah organisasi akan dapat memenuhi keperluan dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi 2011/2012. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan seramai 299 responden. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian “Winstep” Rasch Model dan perisian Statistical Packages for Social Sciences version 16.0 (SPSS). Hasil dari analisis data yang diperolehi menunjukkan tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di UTHM pada sesi 2011/2012 adalah tinggi. Walau bagaimanapun dapatan bagi dua perkhidmatan adalah menunjukkan pada tahap yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kepuasan pelajar antarabangsa mengikut umur dan jenis program bagi kategori kemudahan kecuali kemudahan perpustakaan. Manakala dapatan bagi perkhidmatan pula menunjukkan terdapat perbezaan tahap kepuasan pelajar antarabangsa bagi semua kategori perkhidmatan yang disediakan di UTHM. Cadangan kepada pengkaji seterusnya adalah supaya mengkaji aspek-aspek lain seperti program akademik, penyelidikan, budaya dan komunikasi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB3201 School architecture and equipment. School physical facilities.
ID Code:4245
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 16:00
Last Modified:05 Jan 2016 16:00

Repository Staff Only: item control page