Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah dalam kelab kaunseling dan kerjaya UTHM

Dolah, Nurziatul Adawiyah (2012) Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah dalam kelab kaunseling dan kerjaya UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
272Kb

Abstract

Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan kini telah diisytiharkan sebagai satu isu dunia. Isu ini bukan sahaja membelenggu siswazah, tetapi juga telah menarik minat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut berusaha untuk mengatasinya. Di samping pencapaian akademik yang cemerlang, graduan yang berdaya saing mesti mempunyai kemahiran insaniah (KI) yang tinggi seperti kemahiran menyelesaikan masalah yang telah disenaraikan sebagai salah satu kemahiran paling kritikal yang tidak dimiliki oleh graduan. Aktiviti ko-kurikulum dilihat sebagai satu inisiatif terbaik untuk pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah di luar suasana bilik darjah. Kelab Kaunseling dan Kerjaya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KKDK UTHM) sebagai kelab kedua tertua di UTHM telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji keberkesanan kelab tersebut dalam membekalkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar UTHM. Pengkaji telah menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan empat instrumen kajian iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual serta soal selidik untuk mengenal pasti pembentukan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan ahli KKDK UTHM. Hasil kajian mendapati bahawa KKDK UTHM menerapkan elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan ahlinya. Pelajar juga sedar dan turut menguasai elemen kemahiran penyelesaian masalah yang telah di terapkan dalam KKDK UTHM.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4246
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:55
Last Modified:05 Jan 2016 15:55

Repository Staff Only: item control page