Pendekatan pembangunan pelan strategi di kalangan universiti-universiti MTUN

Krishnan, Premraj (2012) Pendekatan pembangunan pelan strategi di kalangan universiti-universiti MTUN. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
515Kb

Abstract

Pelan strategi bagi universiti adalah sangat penting kerana ia adalah satu garis panduan bagi hala tuju sebuah universiti. Seterusnya, pendekatan pembangunan pelan strategi di kalangan universiti-universiti MTUN adalah sangat penting supaya dapat membangunkan visi, misi, matlamat, dan nilai-nilai utama yang menjana graduan yang hands-on dan profesional. Oleh itu, tujuan kajian ini untuk mengkaji bagaimanakah pendekatan pembangunan pelan strategi di kalangan universiti-universiti MTUN serta mengkaji profil visi, misi, matlamat dan nilai-nilai utama tersebut di kalangan universiti MTUN. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang ditriangulasikan dengan instrumen temu bual dan pemetaan. Seramai 102 orang sampel telah dipilih daripada populasi 120 orang pegawai universiti yang terlibat secara langsung dengan pembangunan pelan strategi. Respondennya terdiri daripada dekan fakulti, ketua jabatan fakulti, pengarah strategik, timbalan pengarah strategik, penolong pengarah kanan strategik, dan pegawai penyelidikan dari UTHM, UTeM, UMP, dan UniMAP. Data telah dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows versi 17.0 secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh majoriti universiti MTUN, dalam proses pembangunan pelan strategik di MTUN adalah berorientasikan gabungan model berasaskan organik dan senario. Proses pembangunan pelan strategi dalam konteks universiti MTUN tersebut melibatkan pembangunan visi, misi, matlamat dan nilai-nilai utama. Pelan strategi MTUN perlulah mantap supaya dapat merealisasikan matlamat PSPTN, dan oleh itu pemetaan KPI MTUN perlu selari dengan KPI PSPTN. Secara keseluruhannya, profil misi, visi, matlamat dan nilai-nilai utama universiti MTUN masakini adalah masih selari dengan profil asas MTUN yang asalnya. Seterusnya, kajian ini mencadangkan semua universiti MTUN berbincang dan merancang hala tuju serta pelan strategik secara bersama untuk mendapat sinergi bagi merealisasikan matlamat MTUN.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:4247
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:55
Last Modified:05 Jan 2016 15:55

Repository Staff Only: item control page