Pembangunan kemahiran kerja bepasukan menerusi kokurikulum sukan bola sepak dalam kalangan pelajar UTHM

Abdul Hamid, Rawiyah (2012) Pembangunan kemahiran kerja bepasukan menerusi kokurikulum sukan bola sepak dalam kalangan pelajar UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1103Kb

Abstract

Penglibatan kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tinggi dalam terhadap bakal pekerjanya. Kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen Kemahiran insaniah. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum bola sepak di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh penyelidik adalah berbentuk kajian kes. Dalam kajian kes ini, penyelidik memfokuskan sekumpulan pelajar iaitu pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum bola sepak di UTHM sebagai sampel kajian. Penyelidik memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian kerana melalui kajian kes, maklumat yang diperoleh amat teliti dan mendalam dapat dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan analisis dokumen di mana ia digunakan untuk mengumpul data mengenai penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan responden. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 33 orang pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum sukan bola sepak di UTHM. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 17. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat pembangunan dalam kemahiran kerja berpasukan dalam kokurikulum bola sepak. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah kursus menjadi role models yang dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang berterusan supaya dapat menjadi ikutan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:kokurikulum; kemahiran insaniah (soft skill); kemahiran berpasukan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:4248
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:54
Last Modified:05 Jan 2016 15:54

Repository Staff Only: item control page