Persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S di Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Amaludin, Supardi (2012) Persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
334Kb

Abstract

Amalan 5S telah menjadi satu perbualan yang hangat di dalam sektor perkhidmatan awam masa kini khususnya di dalam sektor pendidikan. Sistem 5S yang terkenal di Jepun ini juga merupakan salah satu teknik pendekatan berkesan yang telah di laksanakan di sana dalam memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan persekitaran tempat kerja. Namun, kebiasaannya idea untuk melaksanakan amalan 5S tidak diterima oleh semua pihak dan sudah menjadi lumrah terdapat penentangan dari kakitangan terhadap sebarang perubahan yang diperkenalkan. Oleh yang demikian, matlamat kajian telah dibentuk bagi mengenalpasti persepsi pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S di Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Kajian dijalankan menggunakan soal selidik berskala likert. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah melebihi 0.90. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada pengajar-pengajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang dan Petaling Jaya. Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian “The Statistical Package For Social Science (SPSS)” bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai, Ujian–t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan tahap keyakinan pengajar terhadap perlaksanaan amalan 5S dari semua aspek adalah berada pada tahap yang tinggi dan tiada perbezaan yang signifikan antara keyakinan mereka mengikut jantina dan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan semua responden berpuashati dengan pelaksanaan amalan 5S. Berdasarkan dapatan kajian ini, diharap memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan perlaksanaan amalan 5S. Secara keseluruhanya, semua responden bersetuju dengan kewujudan kepentingan dan kepuasan ke atas perlaksanaan amalan 5S yang telah diperkenalkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
ID Code:4253
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:18
Last Modified:05 Jan 2016 15:18

Repository Staff Only: item control page