Kesediaan guru terhadap pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah di Malaysia

Ismail, Suriana (2012) Kesediaan guru terhadap pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
505Kb

Abstract

Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) menyasarkan untuk menambahbaik kurikulum KH sekolah rendah kepada kurikulum yang baru dan dijenamakan semula sebagai Reka Bentuk dan Teknologi. Adalah penting untuk melihat sejauh mana kesediaan guru terhadap perubahan ini memandangkan guru adalah pelaksana utama kepada penambahbaikan ini. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru Kemahiran Hidup (KH) sekolah rendah terhadap pelaksanaan mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi (RBT). Aspek kesediaan yang dikaji adalah pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi terhadap pelaksanaan RBT. Responden kajian adalah seramai 201 orang yang terdiri daripada guru-guru KH sekolah rendah dari Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan pendekatan Model Rasch melalui perisian Winstep3.69.1.11. Dapatan kajian adalah kesediaan guru terhadap pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah tinggi berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesediaan guru-guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi berdasarkan demografi seperti jantina, tahap pendidikan dan pengalaman. Kesimpulannya, guru sebagai pendidik haruslah melengkapkan diri dengan semua aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:4254
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:17
Last Modified:05 Jan 2016 15:17

Repository Staff Only: item control page