Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas (masalah pendengaran) bagi program kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik

Azudin, Syafawati (2012) Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas (masalah pendengaran) bagi program kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
217Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 36 orang yang terdiri daripada pensyarah pendidikan khas di empat buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Ibrahim (Johor Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis). Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B pula mengandungi 26 item berdasarkan kepada 3 persoalan kajian iaitu merangkumi aspek perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian pengajaran dan hubungan interpersonal. Kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 17.0. Hasil daripada analisis data, perbandingan telah dibuat di antara program kejuruteraan dan program hospitaliti. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki kemahiran yang tinggi dalam pengajaran. Beberapa cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan juga pendidik yang berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih ramai generasi pendidik yang berkualiti.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
ID Code:4255
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 15:16
Last Modified:05 Jan 2016 15:16

Repository Staff Only: item control page