Cabaran golongan belia menceburi bidang keusahawanan kajian kes: Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Ibrahim, Muhamad Fadir (2012) Cabaran golongan belia menceburi bidang keusahawanan kajian kes: Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
639Kb

Abstract

Masalah pengangguran atau kesukaran mendapatkan pekerjaan merupakan masalah yang selalu diperkatakan oleh golongan pelajar di negara kita apabila mereka tamat belajar kelak. Pihak kerajaan telah merancang untuk membudayakan keusahawanan di masyarakat dengan tumpuan kepada pelajar dan belia sebagai usaha menangani masalah ini di peringkat awal. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Seramai 172 orang responden belia telah ditemui dan dibahagikan kepada dua golongan iaitu belia yang pernah menceburi bidang keusahawanan dan belia yang belum pernah menceburi bidang keusahawanan bagi mendapatkan data berkaitan. Data-data yang dikumpulkan, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 17 (SPSS) secara deskriptif dan ujian Kruskal-Wallis. Hasil daripada kajian ini mendapati kesemua faktor yang disenaraikan memberi cabaran kepada belia yang pernah menceburi bidang keusahawanan manakala bagi belia yang tidak pernah menceburi bidang keusahawanan elemen kemahiran keusahawanan dikenal pasti sebagai cabaran kepada mereka. Di penghujung kajian pengkaji turut mencadangkan beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai usaha dalam menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:4268
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 14:59
Last Modified:05 Jan 2016 14:59

Repository Staff Only: item control page