Pelaksanaan persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu terhadap sektor pekerjaan

Che Mat, Muhariyanti (2012) Pelaksanaan persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu terhadap sektor pekerjaan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1259Kb

Abstract

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Kajian ini dijalankan selaras dengan keperluan kerajaan untuk mengiktiraf kepakaran dan pengalaman awal pekerja separa mahir, di mana seramai 60,000 pekerja setahun dijangkakan akan mendapat manfaat daripada program ini sepanjang Rancangan Malaysia ke- 10. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dan keberkesanannya terhadap sektor pekerjaan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama, dan temu bual untuk menguatkan data yang diperoleh. Institusi dan individu yang terlibat ialah dari Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Jabatan Pembangunan Kemahiran, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat, JKR Johor Bahru, dan Grand Banks Yachts Sdn Bhd. Seramai 113 orang telah dijadikan sampel kajian bagi soal selidik dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi responden ialah semasa pelaksanaan sesi kaunseling iaitu pengumpulan bukti-bukti keterampilan dan pembangunan portfolio. Hasil analisis juga menunjukkan responden mempersepsikan bahawa pelaksanaan persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT amat membantu dalam memajukan kerjaya individu. Bagi aspek keberkesanan kaedah PPT terhadap sektor pekerjaan pula, responden berpendapat kaedah PPT dapat membantu syarikat/organisasi tempat bekerja melakukan pengkhususan pekerja. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan persijilan SKM melalui kaedah PPT, majikan sangat perlu memberi galakan kepada pekerja supaya mendapatkan pengiktirafan. Kajian juga mendapati bahawa pihak JPK perlu memberi lebih banyak pendedahan kepada pekerja melalui media massa seperti tv, radio dan sebagainya. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan untuk mengkaji kelemahan dan kesan mendapatkan SKM melalui kaedah PPT berdasarkan aspek pendidikan, pengeluaran dan perkhidmatan yang akan memantapkan lagi sektor pekerjaan di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
ID Code:4269
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jan 2016 14:58
Last Modified:05 Jan 2016 14:58

Repository Staff Only: item control page