Mohamad, Marlina and Mazin, Khairol Azwar (2016) Pembangunan e-modul pembelajaran enjin diesel untuk kursus teknologi automotif. Online Journal For TVET Practitioners, 7 (1). pp. 1-10. ISSN 22897410
Text
AJ 2016 (40).pdf Restricted to Registered users only Download (235kB) | Request a copy |
Abstract
"Penyelidikan ini adalah untuk membangunkan satu reka bentuk e-modul pembelajaran pelajar kursus Teknologi Automotif di kolej vokasional. Tujuan penyelidikan ini adalah bagi mengenalpasti kesesuaian elemen yang digunakan dalam modul dan reka letak papan cerita yang dibangunkan. Penggunaan e-modul dalam modul vokasional ini dapat memudahkan pemahaman pelajar dan cemerlang di dalam pentaksiran kompetensi. Modul menggunakan Model ADDIE sebagai model dan prinsip pembangunan bahan multimedia serta prinsip hueristik kebolehgunaan bagi pembangunan modul interaktif ini. Proses pembangunan modul menggunakan perisian CourseLab, Audacity, Freemake Video Converter, GIMP yang merupakan antara perisian percuma dan perisian sumber terbuka. Hasil pembangunan modul diuji sebanyak dua kali ke atas seramai 30 orang pelajar Kursus Teknologi Automotif yang terlibat di dalam penyelidikan ini dan 7 orang pensyarah dari kolej vokasional dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen oleh pengkaji dalam kajian ini. Set soal selidik ini terdiri dari tiga set iaitu untuk kesesuaian elemen modul, kesesuaian papan cerita dan pembangunan e-modul pembelajaran. Soalan-soalan yang dikemukakan pada ketiga-tiga set akan dijawab berdasarkan skala likert. Maklumat dan data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Kesimpulan daripada data dan maklumat yang diperolehi menunjukkan satu e-modul pembelajaran dapat dibangunkan dengan mempunyai aspek rekabentuk (skor min = 4.74), aspek persembahan (skor min = 4.67) dan aspek mesra pengguna (skor min = 4.69) yang dapat menarik minat belajar berdasarkan pada purata keseluruhan skor min."
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembangunan E-modul,;pembelajaran; kursus teknologi automotif; kolej vokasional |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ751-805 Miscellaneous motors and engines Including gas, gasoline, diesel engines |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates |
Depositing User: | Mrs. Mashairani Ismail |
Date Deposited: | 02 Dec 2021 02:58 |
Last Modified: | 02 Dec 2021 02:58 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4304 |
Actions (login required)
View Item |