Jig mata alat larik bersudut pada mesin canai meja

Marian, Mohd Fairuz and Amiruddin, Mohd Hasril and Masran, Saiful Hadi (2017) Jig mata alat larik bersudut pada mesin canai meja. In: Pembangunan Produk dan Reka Bentuk Siri 1. Penerbit UTHM, Batu Pahat, Johor, pp. 80-93. ISBN 9789672110477

[img] Text
Chapter 5_PPRB_S1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (283kB) | Request a copy

Abstract

Projek ini membincangkan tentang proses mereka bentuk dan membangun alat pemegang mata alat untuk mesin larik dengan mengambil kira faktor ergonomik dan keselamatan. Menurut pengkaji terdahulu proses penghasilan mata alat adalah penting dan rumit bagi proses pemesinan sama ada ia beroperasi menggunakan komputer ataupun konvensional. Tujuan pembangunan mekanisma ini dibangunkan adalah untuk memudahkan kerja menyediakan mata alat mesin larik. Terdapat tiga kedudukan utama dalam mencanai mata alat; iaitu sudut sadak tepi, sudut sadak atas dan sudut telusan hadapan.Mesin canai meja menjadi peralatan utama dalam menyediakan jig, dengan menghasilkan jig mencanai mata alat. Pengkaji menerapkan Model ADDIE sebagai rujukan bagi setiap fasa pembangunan produk. Kajian awal dilakukan dengan temu bual, seterusnya rekaan di buat dengan melakar beberapa rekaan awal berpandukan parameter sedia ada dan rekaan yang tidak sesuai tidak akan dipilih. Rekaan akhirnya di analisis dalam dua bentuk instrumen, iaitu pengesahan pakar dan soal selidik untuk memastikan produk berjaya menepati objektif asal. Pada hujung penghasilan projek ini, ia telah menunjukkan kesemua parameter yang digunakan adalah berkadar langsung dengan kekasaran permukaan. Hasil keputusan instrumen kajian pakar diambil bagi mengolah perbincangan dan membuat kesimpulan terhadap produk ini. Penghasilan produk ini secara keseluruhan berjaya mencapai objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Jig mata alat; mata alat kerja larik; jig mesin canai
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 13 Jan 2022 07:16
Last Modified: 13 Jan 2022 07:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4341

Actions (login required)

View Item View Item