Jig mata alat bagi kerja melarik bulat

Masran, Saiful Hadi and Yunus, Faizal Amin Nur (2017) Jig mata alat bagi kerja melarik bulat. In: Pembangunan Produk dan Reka Bentuk Siri 1. Penerbit UTHM, Batu Pahat, Johor, pp. 94-103. ISBN 9789672110477

[img] Text
Chapter 6_PPRB_S1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (212kB) | Request a copy

Abstract

Kerja melarik bulat merupakan kerja yang biasa dilakukan menggunakan mesin larik. Projek telah diinovasikan daripada permasalahan yang timbul dalam proses melarik bulat dengan menggunakan mesin larik konvensional sebelum ini. Bertitik tolak dari permasalahan tersebut, satu kajian dan perbincangan telah dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Jig mata alat melarik bulat ialah suatu projek hasil cetusan idea untuk penambahbaikan bagi menggantikan sistem lama yang menggunakan teknik menggerakkan paksi X dan Y. Ianya direka khas untuk memudahkan proses melarik bulat pada mesin larik konvensional. Dengan menggunakan jig mata alat bagi kerja melarik bulat ini proses kerja di mesin menjadi lebih singkat dan menjimatkan masa serta produk yang dihasilkan lebih bermutu. Bagi industri yang mementingkan produktiviti dan keselamatan operator semasa menjalankan proses pemesinan, jig mata alat bagi kerja melarik bulat direka bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. Kajian ini telah diuji keboleh fungsiannya serta beberapa aspek daripada 3 orang pakar bidang yang mempunyai kelayakan akedamik dan kemahiran yang diperakui. Purata nilai min sebanyak 3.7 menunjukkan skor analisis adalah tinggi. Pakar bidang bersetuju bahawa produk ini berfungsi dengan baik. Dengan ini produk ini telah berjaya dilaksanakan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: jig mata alat; Mata alat kerja larik; Jig mesin larik; Melarik bulat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 13 Jan 2022 07:19
Last Modified: 13 Jan 2022 07:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4342

Actions (login required)

View Item View Item