Kemahiran insaniah : kajian di institusi-institusi pengajian

Esa, Ahmad and Mustafa, Mohamad Zaid (2010) Kemahiran insaniah : kajian di institusi-institusi pengajian. Penerbit UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat. ISBN 9789675457081

[img]
Preview
PDF - Published Version
719Kb

Abstract

Buku Kemahiran Insaniah : Kajian di Institusi-Institusi Pengajian ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembacaan pelajar, pendidik dan khalayak yang mencintai ilmu. Dalam buku ini pembaca disajikan dengan gabungan sepuluh hasil kajian ilmiah berkaitan dengan kemahiran insaniah dan dipersembahkan dengan pelbagai variasi gaya bahasa. Buku ini disusun mengikut bab berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh kumpulan pengkaji dari Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pengkaji daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Maklumat yang terkandung dalam penulisan ini adalah hasil daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku, jurnal dan internet. Lokasi kajian merangkumi semua peringkat pendidikan iaitu sekolah menengah teknik, pusat latihan, politeknik dan univerisiti. Persepsi pihak majikan (indusrti) dalam memantapkan kemahiran insaniah modal insan yang dihasilkan oleh institusi pengajian turut dimuatkan di dalam buku ini. Antara kemahiran insaniah yang diketengahkan ialah kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan dan interpersonal. Buku ini bukan sahaja ditulis bagi mengisi keperluan rujukan akademik warga institusi pengajian tinggi, tetapi juga sebagai pencetus minat dalam kalangan penyelidik untuk menghasilkan kajian lanjut dalam pembangunan modal insan. Diharapkan juga, buku ini menjadi bahan rujukan dan sumber diskusi berguna bagi golangan pembaca yang ingin meningkatkan modal insan dalam diri masing-masing dan kumpulan fokus yang dipertanggungjawabkan melahirkan modal insan kelas pertama bagi memenuhi keperluan pekerjaan negara dan antarabangsa.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:kemahiran, insaniah
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:437
Deposited By:En. Mohammad Ahyar Zulkefli
Deposited On:05 May 2010 14:24
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page