Nilai tambah bagi pelatih pensyarah institut pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (pltv) menerusi kursus pengurusan kokurikulum

Esa , Ahmad and Ismail, Irwan Mahazir and Yasak, Zurina and Mohamad, Baharom (2010) Nilai tambah bagi pelatih pensyarah institut pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (pltv) menerusi kursus pengurusan kokurikulum. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2010, 2-3 Ogos 2010, Hotel Concorde, Shah Alam .

[img]
Preview
PDF
110Kb

Abstract

Kursus Pengurusan Kokurikulum merupakan kursus yang memberi pendedahan kepada pelatih pensyarah UTHM berkaitan ilmu mengurus aktiviti kokurikulum. Satu kajian kes dijalankan untuk mengenal pasti nilai tambah yang diperoleh oleh 15 orang pelatih pensyarah UTHM apabila mengikuti kursus tersebut. Nilai tambah merujuk kepada pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran etika dan moral, komunikasi dan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, selain daripada pembangunan kemahiran pengurusan yang memang mereka peroleh menerusi kursus Pengurusan Kokurikulum. Instrumen yang digunakan ialah catatan pelajar menerusi SMS, email dan papan perbincangan di portal e-pembelajaran. Data kualitatif yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan. Adalah dijangkan pelatih pensyarah UTHM memberi persepsi yang positit terhadap nilai tambah yang diperoleh seperti bertambah yakin dalam berkomunikasi dan lebih menyedari kepentingan etika dan moral. Cadangan daripada pelajar juga diminta untuk menambah baik reka bentuk kurikulum dan penyampaian kursus Pengurusan Kokurikulum.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kokurikulum
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:442
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:07 Oct 2010 08:48
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page