Pendidikan kemahiran keusahawanan dalam kalangan wanita ketua isi rumah luar bandar

Roddin, Rohayu and Ibrahim Mukhtar, Marina and Esa, Ahmad and Warman, Sarebah and Mohamed, Maziana and Mohamed Yusof, Anizam and Ab Rahman, Azmanirah (2010) Pendidikan kemahiran keusahawanan dalam kalangan wanita ketua isi rumah luar bandar. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 Ogos 2010, Shah Alam.

[img]
Preview
PDF
201Kb

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan potensi wanita ketua isi rumah (KIR) luar bandar ataupun dikenali sebagai ibu tunggal untuk menjadi seorang usahawan sebagai satu jalan untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Kini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyeru golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Selain itu, kementerian ini juga bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program peningkatan kemahiran wanita khususnya bidang keusahawanan agar mereka mampu berdikari dan menjadi usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan. Pada masa kini, telah banyak skim latihan, bantuan dan saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan ibu tunggal, Namun begitu, masih ramai lagi golongan ini tidak berjaya menjadi seorang usahawan dan masih bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Disebabkan oleh masalah ini, masih ramai golongan ibu tunggal luar bandar berada di bawah garis kemiskinan. Hasil kajian ini akan digunakan untuk mereka bentuk satu modul latihan mengikut profil dan potensi responden agar mereka mendapat latihan yang sesuai mengikut tahap kebolehan dan kefahaman mereka. Melalui modul ini akan membantu agensi latihan melaksanakan satu skim latihan kemahiran yang sesuai bagi golongan ini agar semua peringkat umur sama ada mempunyai tahap pendidikan atau tidak mampu dan berminat mengikuti latihan ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:keusahawanan, kemiskinan, modul latihan
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:444
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:23 Sep 2010 08:32
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page