Politik & masyarakat melayu Perak

Saat, Ishak (2012) Politik & masyarakat melayu Perak. Penerbit UTHM, Batu Pahat Johor. ISBN 978-967-0468-07-5

Full text not available from this repository.

Official URL: http://penerbit.uthm.edu.my

Abstract

Buku Politik & Masyarakat Melayu Perak ini ingin menyingkap kembali kewujudan negeri Perak seawal kerajaan tradisional lagi iaitu sejak awal abad ke-2 lagi. Walau bagaimanapun Perak hanya menjadi terkenal dan makmur sekitar abad ke-5 dan ke-6 Masihi. Buku ini juga cuba memaparkan kembali bagaimana negeri Perak Darul Ridzuan ini mula-mula terbentuk sebagai sebuah negara bangsa. Bermula dengan sebuah wilayah kecil yang terkenal dalam kalangan kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Nusantara. Dengan nama kerajaan Gangga Negara, kemudian kerajaan Melayu Beruas dan seterusnya kerajaan Manjung. Kerajaan Gangga Negara lenyap setelah diserang oleh empayar Sri vijaya dari Sumatera di bawah pemerintahan Raja Rajendra Chola I. Kemudian muncul kerajaan Melayu Beruas dan Kerajaan Manjung yang sentiasa bersengketa sehingga menyebabkan kerajaan-kerajaan ini semakin lemah dan mengecil. Kemudian dari itu muncul pula sebuah lagi kerajaan awal di daerah Hulu Perak bernama Janin. Lantaran kerana sering bersengketa maka akhirnya para pemerintah kerajaan-kerajaan kecil ini sepakat untuk bersatu di bawah satu naungan yang dipersetujui, warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-16.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:4486
Deposited By:Nurhafiza Hamzah
Deposited On:01 Nov 2013 15:27
Last Modified:01 Nov 2013 15:27

Repository Staff Only: item control page