Penilaian peta minda buzan berdasarkan rubrik analitik

Tee , Tze Kiong and Mohaffyza, Mimi and Jailani , Md Yunos and Mohamad, Baharom and Othman, Widad and Yee , Mei Heong (2010) Penilaian peta minda buzan berdasarkan rubrik analitik. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 Ogos 2010, Shah Alam .

[img]
Preview
PDF
250Kb

Abstract

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ke atas kemahiran berfikir aras tinggi adalah suatu cabaran hebat kerana kualiti pelajar harus diteliti termasuklah keputusan dan hasil kerja mereka (Thomas, 1992). Dalam pada itu, pengukuran dan penilaian ke atas pencapaian pelajar seperti ujian berbentuk objektif dan subjektif adalah tidak memadai. Dengan ini, kaedah penilaian harus dipelbagaikan untuk mengenal pasti tahap pencapaian sebenar pelajar (Chalupa, 1992). Menurut Tee et al. (2009a), terdapat pelbagai kaedah untuk menilai kemahiran berfikir. Antaranya adalah menggunakan ujian penilaian khusus yang telah dibangunkan, ujian pencapaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), rubrik dan kaedah penilaian lain yang bersesuaian seperti peta minda Buzan. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Peta minda Buzan merupakan salah satu alat berfikir yang paling popular dalam kalangan pelajar terutamanya dalam mengambil nota (Tee et al., 2009b). Artikel ini membincangkan kemahiran berfikir dan alat berfikir, khususnya peta minda Buzan dan membicarakan justifikasi menggunakan peta minda Buzan dalam mengambil nota. Di samping itu, fungsi dan kebaikan rubrik juga diterangkan. Akhir sekali, kriteria rubrik analitik peta minda Buzan sebagai instrumen untuk menilai hasil peta minda Buzan juga dimuatkan dalam artikel ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran berfikir, alat berfikir, peta minda Buzan, rubrik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:449
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:30 Sep 2010 10:08
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page