Kajian kualiti persekitaran dalaman terhadap reka bentuk studio lukisan kejuruteraan ideal di sekolah menengah teknik

A Karim, Mohd Hanif (2013) Kajian kualiti persekitaran dalaman terhadap reka bentuk studio lukisan kejuruteraan ideal di sekolah menengah teknik. In: Conference in Education – Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2013), 2-3 September 2013, Kuala Terengganu, Terengganu.

[img]
Preview
PDF
256Kb

Abstract

Persekitaran yang sihat mampu untuk menjana aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Kajian terdahulu menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara persekitaran yang dibina dan perkembangan pembelajaran pelajar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian reka bentuk studio lukisan kejuruteraan mengikut persepsi pelajar dan guru seterusnya menghasilkan cadangan reka bentuk studio lukisan kejuruteraan ideal di sekolah menengah teknik. Selain itu, menentukan perbezaan antara tahap penerimaan pelajar dengan tahap penerimaan guru terhadap reka bentuk studio LK ideal. Rekabentuk kajian adalah kajian tinjauan. Populasi kajian melibatkan pelajar tingkatan 4 dan guru yang mengajar matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Sampel dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Data dikumpul menggunakan instrument dua set borang soal selidik dan temubual berstruktur untuk menyokong dapatan data soal selidik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kualiti persekitaran dalaman; reka bentuk; studio
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning
ID Code:4494
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:01 Nov 2013 16:23
Last Modified:21 Jan 2015 15:20

Repository Staff Only: item control page