Kesediaan guru pelatih terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan: kajian ke atas guru pelatih tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Ab.Hadi, Mohd Yusop and Madar, Ahmad Rizal and Mustaffa, Mohamad Zaid and Hashim, Jamaluddin and Baharom, Madiha (2010) Kesediaan guru pelatih terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan: kajian ke atas guru pelatih tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2010 , 2-3 Ogos 2010, Hotel Concorde, Shah Alam.

[img]
Preview
PDF
414Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap penempatan mengajar di kawasan bukan pilihan. Kajian merangkumi faktor yang dominan dalam pemilihan penempatan mengajar, tahap kesediaan dari aspek penerimaan, pengetahuan dan motivasi.serta perbandingan tahap kesediaan antara lelaki dan perempuan. Kajian ini melibatkan 155 orang responden tahun akhir dan terdiri daripada 103 orang perempuan dan 52 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (4 item demografi responden),bahagian B (1 item faktor yang dominan) dan C (24 item objektif). Data-data bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 16.0 untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.73. Dapatan kajian mendapati pemilihan di Negeri tempat tinggal tetap merupakan faktor pemilihan penempatan yang dominan. Dapatan kajian juga mendapati tahap kesediaan dari aspek penerimaan, pengetahuan dan motivasi guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor gender, guru pelatih perempuan lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih lelaki. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:guru pelatih
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:452
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:24 Sep 2010 16:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page