Sistem penggera keselamatan banjir domestik (D 'FESAS)

Hamid, Nor Baizura and Sanik, Mohd Erwan and Kaamin, Masiri and Amir Khan, Suwandi and Mokhtar, Mardiha (2013) Sistem penggera keselamatan banjir domestik (D 'FESAS). In: Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2013 (SKASM 2013) , 29-30 Oktober 2013, Batu Pahat, Johor .

[img]
Preview
PDF
331Kb

Abstract

Banjir kilat adalah antara bencana alam yang berlaku dengan cepat yang boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas harta benda dan nyawa manusia. Sistem amaran yang boleh memberi peringatan kepada penghuni rumah adalah amat penting pada masa kini terutamanya- jika hujan lebat berlaku. Dengan adanya satu sistem yang boleh memberikan amaran awal mengenai paras air sehingga ke tahap yang membahayakan mungkin boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem penggera keselamatan banjir domestik (Domestic Flood Emergency Security Alarm System (D'FESAS)) khususnya di kawasan perumahan dan kawasan rendah. D'FESAS beroperasi secara hidraulik, di mana litar pengesan banjir dan unit pengesan akan menghantar isyarat menggunakan sensor yang telah dipasang pada setiap tahap ukuran banjir. Penggera pula dipasang pada tahap ukuran banjir yang paling bahaya. Di dalam kajian ini, jenis pengesan banjir yang digunakan adalah jenis "probe sensor7' dan SPDT suis. Kajian ini juga tertumpu pada penggunaan mikropengawal IC CD4066BE yang mana merupakan penggerak utama kepada sistem ini. Mikropengawal berfungsi untuk mengawal isyarat masukan dan memproses data masukan tersebut untuk menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki iaitu dengan nyalaan lampu 'Light Emiting Diode' (LED). Setiap warna lampu LED menunjukkan tahap ukuran banjir yang berbeza iaitu bermula daripada tahap selamat, berjaga-jaga, kecemasan sehingga tahap bahaya. Sistem hidraulik ringkas iaitu aliran dalam paip digunakan dalam kajian ini yang diubahsuai mempunyai sensor bagi tujuan untuk menghidupkan lampu (LED) dan penggera. D'FESAS telah dihasilkan dalam bentuk sistem litar ringkas dan penggunaan paip sebagai penentuukur kepada tahap aras air di mana pemasangan boleh dilakukan pada dinding rumah dan pada sistem perparitan yang berdekatan. Kajian mendapati, D7FESAS dapat membantu pengguna daripada menghadapi ancaman banjir kilat dan mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya kos yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap pengguna. Selain itu, D'FESAS juga merupakan sistem mudah alih dan ringan serta penggunaannya yang mudah difahami dan mesra pengguna.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:banjir kilat; D'FESAS; mikropengawal IC CD4066BE; probe sensor; SPDT suis
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ212-225 Control engineering systems. Automatic machinery (General)
Divisions:Centre of Diploma Studies > Department of Civil Engineering
ID Code:4525
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Nov 2013 15:10
Last Modified:21 Jan 2015 15:48

Repository Staff Only: item control page